home |profile | faq | forum
Entire Web This Site

Word of the Day
Article of the Day

Tuesday, August 30, 2005

PROGRAM FRANCAIS MeCD-PNS

Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bersama PNS sebagai agensi perlaksana akan menganjurkan Seminar Pendedahan Francais dan Ujian Kesesuaian Keusahawanan Francais bagi Program Francais Siswazah Siri Ke-2. Seminar serta Ujian Kesesuaian tersebut merupakan syarat bagi penyertaan peserta bagi pemilihan untuk Program Francais Siswazah Siri Ke-2 yang bakal diadakan pada tarikh dan masa yang berikut:

 

Tarikh : 5 September 2005 (Isnin)

Tempat : Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Bayaran : Percuma


Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput semua yang telah mendaftar untuk Program Francais Siswazah di laman web PNS untuk menghadiri seminar tersebut dan seterusnya menduduki Ujian Kesesuaian Keusahawanan yang bakal dijalankan pada hari tersebut. Bersama ini disertakan aturcara program pada hari tersebut bagi pertimbangan pihak tuan/puan.

 

Sila sahkan kehadiran tuan/puan pada atau sebelum 1 September 2005 (Khamis) melalui e-mel atau berhubung terus dengan saya (Ahmad Farid), Puan Qurratul Ain atau Puan Norhayati di talian 03-269866670.

Sekian, terima kasih

 

0 Comments:

Post a Comment

<< Home