home |profile | faq | forum
Entire Web This Site

Word of the Day
Article of the Day

Friday, October 28, 2005

Menerima Bayaran di Internet

Bagaiman saya boleh menerima bayaran di Internet?”

Ada banyak cara tetapi saya akan terangkan kepada anda untuk cara menerima bayaran melalui kad kredit. Ada beberapa kaedah yang boleh diguna pakai untuk mengintegrasikan halaman web anda dengan kad kredit. Cara yang terbaik untuk menerima bayaran di Internet adalah dengan membuka Akaun Peniaga (merchant account). Anda boleh mendaftar merchant account dengan syarikat pemprosesan kad kredit seperti WorldPay.com, Ccnow.com, Charge.com, StormPay.com, PayPal.com dan 2Checkout.com.

Syarikat pemprosesan ini akan bertindak sebagai orang tengah dengan menerima bayaran dari pelanggan anda dan kemudiannya menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Ketika mendaftar menggunakan perkhidmatan tersebut, anda perlu memberi maklumat bank anda untuk direkodkan oleh syarikat tersebut supaya dapat menyalurkan pembayaran dengan sempurna.

Syarikat pemprosesan kad kredit biasanya mengenakan bayaran untuk pendaftaran dan mengambil peratus yang kecil daripada bayaran pelanggan anda sebagai kos perkhidmatan. Peratusannya berbeza dari syarikat ke syarikat. Kebiasaanya mereka mengenakan 2 ~ 4% daripada setiap transaksi. Jadi jika sesuatu barangan itu berharga RM100, maka dalam lingkungan RM3 akan dibayar kepada syarikat pemprosesan.

Kebanyakan syarikat pemprosesan kad kredit mengenakan bayaran pendaftaran yang agak tinggi. Namun, dengan membolehkan kemudahan kad kredit digunakan, jumlah pesanan dan pembelian dari pelanggan anda adalah 400% lebih tinggi dibandingkan dengan cara tradisional. Jadi, pelaburan membuka merchant account adalah amat berbaloi untuk sesebuah perniagaan.

Selepas memperolehi akaun daripada syarikat tersebut, anda akan diberikan cara menghubungkan mukasurat memesan produk atau perkhidmatan laman web anda dengan halaman khas yang disediakan oleh syarikat pemprosesan tersebut.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home